Sunday, July 19, 2009

Pengenalan...

Assalamu'alaikum...
Perindu Rasulullah S.A.W... Mengapa ana memilih tajuk ini sebagai blogtitle ana? Kerana dalam hati setiap muslimin dan muslimah perlu ada rasa rindu akan baginda Rasulullah S.A.W.. Setiap akhlak dan luhur budi baginda sentiasa menjadi contoh buat umat Islam seluruh dunia. Baginda teramat sayangkan umatnya sehinggakan sebelum baginda wafat pun, perkataan "ummati,ummati,ummati" bermain di bibirnya.

Wahai sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH sekalian,
Sebagai tanda kasih sayang dan juga sebagai tanda pengikat kasih antara kita dan Nabi Muhammad S.A.W, marilah kita berselawat ke atas baginda.

Ana menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ana ada tersalah bahasa dan menyinggung perasaan mana-mana pihak...

Di masa akan datang, ana akan berkongsi lebih banyak informasi dengan semua. insyaALLAH...
Wallahu'alam..